Grab A Button

Saturday, 10 November 2012

bukan kemahuan fikiran





Kehidupan..beginilah kehidupan..dimana kita harus gagah menerima kenyataan dan anggap semua itu sebagai suatu takdir ..jalan cerita hidup kita juga berbeza-beza, apa yang kita rasa sudah pasti juga banyak perbezaan..pengalaman kita walaupun hampir sama tapi kita berada disituasi yang amat berbeza...itulah warna-warni kehidupan yang sebenarnya mencantikkan  takdir hidup kita.


Namun masih ada lagikah yang percaya mengenai TAKDIR...ada orang kata, “Sebenarnya kita sendiri yang mencipta takdir” .. bagi saya takdir adalah sesuatu yang  diaturkan oleh Tuhan untuk kita..terpulang kepada diri kita untuk dapat bertahan dan mengambilnya sebagai  positif atau negatif..kalau positif, maka bahagialah hidup kita..tapi kalau negatif alamat musnahlah segalanya.
Tapi tuhan itu adil.. dan saya percaya setiap apa yang kita lalui semua ada hikmahnya .saya tahu kisah hidup saya tidak sama seperti mereka yang lain-lain.. ada suka duka tersimpan dimemori..mematangkan kita sebenarnya...

Siapalah yang tidak mahu bahagiakan...semua suka “bahagia” dan saya akui saya lah pencinta bahagia sebenarnya... saya selalu berusaha mencipta “bahagia” untuk diri saya dan juga kepada keluarga saya..Namun untuk sebuah kebahagiaan akan ada pengorbanan. Kita terpaksa berkorban untuk itu.
Saya sangat bahagia bila melihat mereka gembira..namun kebahagian begitu  bagi saya sesuatu yang “Hipokrit” maafkan saya...itulah yang saya rasakan.kadang kala saya tersenyum untuk mempamerkan muka gembira. Tapi.....ingin saya akui sekali lagi....saya sangat HIPOKRIT  waktu itu...dalam hati saya menangis dan tiada siapa yang tahu. Saya berusaha menjadi kuat dan tabah tapi kerana kudrat ku yang Cuma seorang manusia akhirnya airmata jernih jatuh juga di pipi comel ku.comel?? (saya memang selalu perasan comel! )

Kalau boleh, ingin saja saya kembali keusia kanak-kanak yang saya rasakan begitu indah sekali. .walau macam mana pun masalah mendatang  tidak pernah  sekali hati saya terguris seperti tahap sekarang. Itulah kebahagiaan yang menjadi kenang-kenangan bagi saya.susah senang pun saya rasa hidup saya tidak pernah kurang ..mama bapa selalu ada disisi menemani saya saat suka dan duka..
Bolehkah saya  buat 3 permintaan ...
Kalaulah boleh...

Saya mahu kehidupan ini sentiasa diberkati Tuhan...
Keluarga  akan bersatu dan sihat selalu..
Dan yang terakhir saya mahu berjaya dan punya pendamping hidup yang baik dan boleh hidup susah senang dengan saya.. 


Susahkan dapat semua tu...tapi saya tahu manusia ni memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada ,...kena belajar bersyukur dan boleh terima kenyataan..
Kadang kala..saya terfikir untuk mahu lari dari masalah ..tetapi semakin saya lari dari masalah itu ..saya seperti dihantui masalah-masalah lain..

Kenapalah wujudnya perpisahan?... kenapa mesti ada perceraian?.. kenapa ditakdirkan berjumpa dan berpisah semula...kenapa memilih untuk berpisah walaupun Tuhan masih memberi kesempatan yang panjang untuk hidup bersama.. tidakkah itu mensia-siakan masa depan keluargamu dan anak-anak mu...memang..memang betul “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan...” tapi tiada kah cara lain selain perpisahan..bahagiakah anda berdua...ya mungkin bahagia...sebab mata yang melihat dengan hati yang merasa ini melihat Kebahagian anda berdua...
Hati dan mata terpaksa menerima ini semua....
Mungkin ini lah TAKDIR...suatu takdir yang ditetapkan untuk diri saya....
 kata orang tiada siapa dapat melawan takdir......
mungkin juga...sebab saya sendiri selalu mengelak dari terjadinya perpisahan ini...tapi apakan daya...kita Cuma manusia biasa..kita merancang tapi tuhan yang menentukan..

saya mahu bahagia...dan sedikit demi sedikit saya telah menemuinya..walaupun bukan dari apa yang saya harapkan hari itu...tapi kebahagiaan ini dapat merawat  kesakitan itu...




No comments: